saat bermulanya alam remaja ku aku bukanlah dari golongan yang pandai dalam akedemik
SPM tahun 2004 yang kurang memberangsangkan membuatkan aku tidak dapat menyambungkan pengajian universiti seperti rakan-rakan yang lain. aku hanya menyambungkan pelajaran ku di Institut Kemahiran Mara Beseri , Perlis selepas tidak berjaya menamatkan pengajian dengan sempurna aku mengambil keputusan untuk mengambil peperiksaan SPM buat kali ke 2 walaubagaimana pun keputusan peperiksaan ku masih sama lantas aku mengambil keputusan untuk berkerja.aku mula bekerja di kedai pejabot jati di alor star dalam masa itu aku ada mengisi SPA secara online atas nasihat anak kawan ibu ku.selepas hampir setahun lebih aku bekerja di situ aku aku bertukar kerja ke kedai buku Emsway Marketing Di GIANT Alor Setar aku berkerja hanya 7 bulan aku mendapat surat temuduga PKA Pembantu Kesihatan Awam dalam masa yang sama aku mendapat keputusan SPM ulangan JULAI ku KEPUJIAN.selepas itu bulan 12 aku dapat keputusan temuduga yang positif.mula2 takut dapat terengganu dalam hati kalau la dapat kt KSKB Sungai Buloh dekat dgn keluarga (abg dan kakak ku ) tp ALLAH lebih tahu yang terbaik utkku aku di tempatkan Di Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit Terengganu hari ini keputusan akhirnya telah keluar keputusan untuk semester akhir telah keluar aku telah layak untuk dilantik sebagai Pembantu Kesihatan Awam.
mungkin kejayaan yang aku dapat hari ini terpaksa aku melalui kesukaran hidup sedikit.mungkin dengan kesusahan yang ku alami akan membuatkan aku menghargai kejayaan yang aku dapat hari ini
No comments:
Post a Comment