Thursday, 27 December 2012

Semakin Hari Kita Semakin Tua

Entry Hari ini berkisar memperingati hari lahir

Andai kita perasan setiap kita menyambut hari lahir sebenarnya usia kita semakin berusia.
Bila di lihat secara mendalam semakin kita berusia semakin kita menghampiri kepada kematian
Ada hadis andai tidak salah saya mengatakan orang yang bijak adalah orang yang mengingati mati dan bersedia untuk mati.

Entry hari ini bukan  hendak menakutkan manusia tetapi untuk sama-sama perhalusi.pernah tidak kita terfikir selama kita hidup sudah cukup ke amal kebajikan yang di amalkan,sudah cukup ke pahala yang kita untuk ke syurga  ALLAH

Umur yang berkat adalah umur yang di lalui di isi dengan pengisian  yang di tuntut oleh ALLAH
 Sebagai Hamba ALLAH kehidupan kita adalah untuk beribadat kepada ALLAH.
Jadi andai umur yang panjang kita di isi dengan beribadat kepada ALLAH Alhamdulillah
Andai usia kita yang panjang ini tidak di isi dengan sebaiknya maka perlulah kita mula dari sekarang



Nota Kaki post ini di tulis untuk diri ini praktikan dan sempena hari lahir ku yang ke 25
pada 27/12/2012 yang lahir pada 27/12/1987

Monday, 24 December 2012

Istiqamah

Istiqamah adalah satu perkataan yang bermaksud berterusan
istiqamah dalam amalan
     bermaksud kita melakukan sesuatu amalam dengan secara berterusan walaupun didalam kuantiti yang sedikit

terkadang melihat kepada diri sendiri , rakan-rakan yang yang melakukan ibadat tetapi sukar untuk istiqamah  begitu juga dengan wanita yang  bertudung terkadang ramai yang  "ON OFF" ramai jugak yang berfesyen walaupn terkadang menutup aurat dengan mematuhi perintah ALLAH   Surah AN-NUR Ayat 31 itu yang di katakan tidak istiqamah di dalam menutup aurat


mulai hari ini sama-samalah kita istiqamah dalam setiap apa juga amalan yang kita lakukan

Sunday, 16 December 2012

JODOH ITU RAHSIA ALLAH

Jodoh itu rahsia ALLAH terkadang kita bercinta tp dia bukan jodoh kita.akan putus juga.
Jodoh x semestinya kita perlu kenal dia rapat.
sestengah orang kta kenal kt FB tidak kekal lama ,tetapi hakikatnya tidak.
ada juga yang kenal kt FB kekal hingga akhir hayat.
kadang-kadang kita tidak tahu siapa jodoh kita
kadang-kadang kita akan terkejut bila dpt tahu jodoh kita itu datang dr FB je
jodoh kita tidak semestinya dengan orang yang kita bercinta
jodoh jugak bukan dengan orang yang kita bertunang
kerana itu ada sahaja yang putus tunang dan putus cinta atau kalau dalam istilah orang bercinta brake off
kadang-kadang kita tidak sangka pulak bila kita dh hbs usaha tidak jumpa ALLAH akan hantar jodoh kita suapaya dapat berjumpa dan kenal dengan kita kerana jodoh itu rahsia ALLAH



semoga jodohku adalah bersama dia..
nur amirah bt a.rahman

Thursday, 6 December 2012

Cinta VS Couple

Ramai orang ingat cinta dengan couple adalah sama
tapi ini hakikatnya


CINTA  - Cinta itu suatu perasaan di mana itu satu fitrah
                Tidak salah mencintai seseorang kerana mencintai tidak semestinya bercople..
                 bila cintakan seseorang ia lebih terhindar daripada maksiat kerana ia hanyalah perasaan
                 Tiada laangan untuk mencintai sesiapa pn

COUPLE   -  Couple pulak suatu hubungan antara seorang lelaki dan wanita
                      Sentiasa ingin bersama kalau ada peluang
                     Membawa kepada Zina kerana couple ini ibarat hubungan yang belum tahu adakah akan
                     berakhir dengan perkahwinan



bila kita hayati lagu " kerana  cinta " nyanyian inteam dan mestica
boleh check link di bawah

kerana cinta akana ada kebaikan tapi bila di sandarkan nafsu jadilah seperti couple  yang terkadang membawa kepada kekesalan

http://www.youtube.com/watch?v=bhnQOCSBrIw

Tuesday, 4 December 2012

SETIAP KESENANGAN TERKADANG DATANG DARI SEBUAH KESUSAHAN

Hari ini nulkilan ini sempena result exam keluar ari ni......

saat bermulanya alam remaja ku aku bukanlah dari golongan yang pandai dalam akedemik 
SPM tahun 2004 yang kurang memberangsangkan membuatkan aku tidak dapat menyambungkan pengajian universiti seperti rakan-rakan yang lain. aku hanya menyambungkan pelajaran ku di Institut Kemahiran Mara Beseri , Perlis selepas tidak berjaya menamatkan pengajian dengan sempurna aku mengambil keputusan untuk mengambil peperiksaan SPM buat kali ke 2 walaubagaimana pun keputusan peperiksaan ku masih sama lantas aku mengambil keputusan untuk berkerja.aku mula bekerja di kedai pejabot jati di alor star dalam masa itu aku ada mengisi SPA secara online atas nasihat anak kawan ibu ku.selepas hampir setahun lebih aku bekerja di situ aku aku bertukar kerja ke kedai buku Emsway Marketing Di GIANT Alor Setar aku berkerja hanya 7 bulan aku mendapat surat temuduga PKA Pembantu Kesihatan Awam dalam masa yang sama  aku mendapat keputusan SPM ulangan JULAI ku KEPUJIAN.selepas itu bulan 12 aku dapat keputusan temuduga yang positif.mula2 takut dapat terengganu dalam hati kalau la dapat kt KSKB Sungai Buloh dekat dgn keluarga (abg dan kakak ku ) tp ALLAH lebih tahu yang terbaik utkku aku di tempatkan  Di Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit Terengganu hari ini keputusan akhirnya telah keluar keputusan untuk semester akhir telah keluar aku telah layak untuk dilantik sebagai Pembantu Kesihatan Awam.
mungkin kejayaan yang aku dapat hari ini terpaksa aku melalui kesukaran hidup sedikit.mungkin dengan kesusahan yang ku alami akan membuatkan aku menghargai kejayaan yang aku dapat hari ini

Saturday, 1 December 2012

BAIK BURUK DI TANGAN KITA

Terkadang hari ini ramai yang menyalahkan benda atau kemudahan bagi menghilangkan rasa bersalah kepada diri sendiri,
sebagai contoh ramai orang menyalahkan laman sosial adalah antara penyebab kepada perceraian dan pelbagai permasalahan yang di sebabkan oleh laman sosial.

Tetapi Berbalik kepada tajuk enteri hari ini.BAIK BURUK DI TANGAN KITA
kalau kita semua peka slogan talian mudah alih celcom KUASA DITANGAN ANDA
Jadi ada jugak yang berlaku adalah berpunca pada kita.
kalau kita lihat betul-betul orang yang menghisap dadah , dadah boleh menjadi ubat kalau mengikut sukatan yang betul oleh yang demikian.penangih dadah di katakan PENYALAH GUNAAN DADAH

Begitu juga dengan laman sosial atau apa juga yang kita lakukan setiap sesuatu itu ada kebaikannya dan ada keburukannya semua terletak kepada kita yang menggunakan semua itu

Bila ada Kuasa terkadang manusia akan salah guna kuasa
Bila ada Kemudahan terkadang manusia yang akan menyalah gunakan kemudahan yang di berikan
Bila ada Kesenangan terkadang manusia suka menyalah gunakan kesenangan itu



renungan bersama agar kita tidak lagi  menyalah gunakan apa yang kita ada dan di berikan

Buat diriku juga yang tidak smepurna